Serangan ketenteraan akan diteruskan di Gaza – Netanyahu

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, supaya meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza, sebaliknya menegaskan serangan ketenteraan tetap akan diteruskan, lapor Agensi Anadolu.

“Operasi itu akan diteruskan sehingga tujuannya tercapai,” menurut kenyataan pejabat Netanyahu.

Malah, katanya, serangan itu akan dipertingkat ‘bagi mengembalikan ketenangan dan keamanan’ kepada Israel.

Semalam, Rumah Putih memaklumkan, Biden berharap Netanyahu akan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza.

“Presiden memberitahu perkara itu kepada Perdana Menteri (Netanyahu), dan berharap ketegangan dapat diredakan dalam usaha menuju gencatan senjata,” kata jurucakap, Karine Jean-Pierre. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.