Tunggakan gaji pemain Perak FC dibayar hari ini

[email protected]

BOTA: Perak FC akan membayar tunggakan gaji pemain-pemain kelab itu hari ini.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC Khairul Shahril Mohamed berkata, tunggakan gaji pemain tidak melebihi tiga bulan dan ia hanya membabitkan pemain Perak FC saja.

“Untuk Perak II FC kita memang tiada tunggakan (tetapi) untuk Perak FC kita ada tunggakan sikit tetapi tidaklah sampai tiga bulan.

“Esok (hari ini) kita akan selesaikan gaji yang tertunggak itu bagi memastikan mereka dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan selesa.

“Saya tidak pasti (jika tunggakan diselesaikan sepenuhnya) tetapi banyak yang selesai kalau ada tunggakan pun seorang dua yang mungkin tertunggak sebulan.

“Saya akan cuba pastikan tunggakan tidak melebihi dua bulan,” kata Khairul ketika ditemui di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak terus optimis Perak FC akan bangkit selepas tempoh rehat selama dua bulan hingga Julai depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.