4 lagi dipanggil beri keterangan berhubung sambutan raya ahli politik

KOTA BHARU: Empat lagi individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis mengenai majlis hari raya yang diadakan di sebuah rumah seorang ahli politik di Machang, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, berkata ini menjadikan keseluruhan sembilan individu telah diambil keterangan setakat ini dan semua mereka memberikan kerjasama yang baik.

“Dalam pada itu, polis juga menjangkakan mengambil keterangan daripada beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Pada 19 Mei lalu, lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti ‘ziarah raya’ membabitkan seorang ahli politik selepas polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan perkara itu, pada 15 Mei.

Laporan dibuat berdasarkan penyebaran beberapa keping gambar ahli politik melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan ziarah raya, selain kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021. – BERNAMA

TAG: PKP, kelantan, polis, ahli politik, aidilfitri, ziarah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.