6,493 kes baharu Covid-19

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di Malaysia masih melepasi paras angka 6,000 apabila merekodkan 6,493 kes hari ini, dengan 2,163 daripadanya dilaporkan di Selangor.

Jumlah itu menjadikan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas diikuti Kuala Lumpur dengan 641 kes, Sarawak (612), Kelantan (467), Kedah (434), Johor (406), Perak (382), Negeri Sembilan (370), Pulau Pinang (302), Melaka (165), Pahang (161) dan Sabah (144).

Terengganu pula merekodkan 139 kes disusuli Labuan (84), Putrajaya (20) dan Perlis (tiga).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini berjumlah 498,795.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.