Harapan Liverpool belum berkubur

LIVERPOOL: Harapan Liverpool untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas belum berakhir selepas kemenangan 2-0 ke atas Southampton.

Skuad kendalian Jurgen Klopp memintas Tottenham untuk tangga keenam hasil tandukan babak pertama Sadio Mane dan gol pertama Thiago Alcantara untuk kelab minit-minit terakhir permainan di Anfield.

Kemenangan pertama Liverpool dalam empat perlawanan (semua pertandingan) itu meletakkan mereka enam mata di belakang penghuni tangga keempat, Leicester yang bermain lebih satu perlawanan.

Ia adalah kemenangan liga kedua Liverpool di Anfield sepanjang 11 perlawanan terakhir mereka.

“Kami menjaringkan gol pertama yang cantik tetapi sudah menjadi kebiasaan kami sekarang tidak mahu memastikan kemenangan lebih awal.

“Kami perlu kekal dalam permainan dan menjaringkan gol kedua yang menarik, dan ia amat melegakan.

“Satu-satunya cara yang saya tahu untuk menang ialah bekerja keras dan itu yang kami lakukan. Kami terpaksa berjuang dan mendapat tiga mata,” kata Klopp.

Liverpool akan bertandang ke Old Trafford bertemu penghuni tangga kedua Manchester United Khamis ini. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.