Tersilap ‘William Shakespeare’

Buenos Aires: Seorang pembaca berita tersilap membuat pengumuman melalui saluran televisyen di Argentina mengenai kematian penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare.

Penonton berita berkenaan berasa keliru dengan pengumuman itu ketika pembaca berita Canal 26, Noelia Novillo mengumumkan William Shakespeare meninggal dunia pada bulan ini.

Pengumuman itu dibuat apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai William ‘Bil’ Shakespeare meninggal dunia lima bulan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada usia 81 tahun.

“Seperti yang kita tahu, William Shakespeare merupakan penyair tersohor Inggeris dan beliau juga menjadi lelaki pertama menerima vaksin Covid-19 di dunia,” kata Novillo menerusi pengumuman itu.

Shakespeare sebenar meninggal dunia pada 1616, manakala William yang menjadi individu kedua di dunia yang menerima suntikan vaksin Covid-19 menghembuskan nafas terakhir pada 20 Mei lalu akibat strok.

Pengumuman Navillo itu tular di media sosial dengan orang ramai mempersoalkan ‘tahap pengetahuan am’ pembaca berita terbabit memandangkan William Shakespeare si penyair sudah meninggal lebih 400 tahun yang lalu.

“Adakah William Shakespeare sudah dilahirkan semula?,” tulis seorang pengguna Twitter.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.