Polis tahan lelaki tunjuk perasaan

[email protected]

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun, bagi membantu siasatan tunjuk perasaan di Jalan Jalan Parit Raja, menghala ke Ayer Hitam, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata polis menerima panggilan telefon pada jam 11.04 pagi hari ini mengenai video kejadian merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’.

“Beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang berkenaan sudah diturunkan oleh orang awam.

“Polis menerima satu lagi laporan daripada orang awam yang melayari laman sosial yang menunjukkan rakaman video perhimpunan yang tidak mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan sama yang digantung di jejantas berkenaan.

“Polis menerima beberapa panggilan telefon mulai jam 12.00 malam hingga 1.00 pagi melaporkan aktiviti samseng jalanan di kawasan Parit Raja dan berjaya disuraikan.

“Tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat, khususnya di kawasan Parit Raja,” katanya.

Beliau berkata, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan supaya berhubung dengan Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat ditalian 07-4363300.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 144 Kanun Keseksaan atau Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.